Thursday, September 3, 2009

Ramadhan 13 dan September 3

Sudah hampir pertengahan ramadhan kita menjalani ibadah puasa. Bulan masihi pun dah menjangkau ke bulan September. Begitu cepat waktu berlalu..... umur pun sehari demi sehari telah meningkat tua dengan drastiknya. Kepantasan waktu begitu mengkagumkan sekali.

Macamana nak tau diri dah tua? Mata dah mula kabur ......., kulit dah mula kedur ........, badan dah mula susut ........., uban dah makin keluar berebut-rebut ........, makan pun dah mula kedekut dan masa makin mencemburui kita.

Banyak hari tak tengok blog. Bukan merajuk, tapi terpaksa akur dengan kehendak semasa yang menyebabkan perkara lain terpaksa didahulukan.

Puasa ke-5 dan ke-6 tempoh hari yang bersamaan dengan cuti persekolahan pertengahan penggal dapatlah merasa berpuasa di Tandop, Alor Setar. Kampung teman tu .... ya ... teman orang Kedah. Tengok tagline pun dah tau ..... memang bukan orang Perak ....... ya ...... tak percaya jugak ker?

Mai saja sebelah petang, berjenis-jenis jualan kategori makanan telah dijual di pasar ramadhan di kampung tu. Memang menjadi tumpuan orang ramai. Bagi depa yang dok kat titi keling pun boleh mai. Dok kat hujung alor pun sama, kampung kat selekoh masjid tandop pun mai menderu. Jalan kaki pun boleh ..... dekat sangat. Berdepan dengan SK Dato' Wan Mohammad Saman, Tandop. Sekolah lama teman ler tu. Haah... Perdana Menteri Kedah yang pertama tu .... orang paling genius masa tu .... macam IR lagi. Bukan macam IR yang dok buat kalut di sini.

Anak-anak pun rambang mata nak pilih makanan ...... kalau boleh nak pungut semua. Jenuh ler kalau macam tu. Cashiernya nin dia. Selai-selai ambik. ATM bergerak katakan. Masa tu di situ hujan turun kadang-kadang lebat ..... sebelah petang dan malam. Tapi sejuk ler .... bagus jugak masa berpuasa.

Malam Jumaat baru cunggit balik ke Simpang, Perak. Sepanjang keluar dari rumah di kampung,.... naik lebuhraya PLUS dari Alor Setar Selatan ....... sampai tol Kamunting ........ hujan memanjang. Nak singgah berhenti kat R&R ker atau hentian ker .... tak dak makna. Hujan lebat betul.

Anniversari Kemerdekaan kali Ke-52 pun dah disambut. Tahun ni buat secara sederhana saja .... di Dataran Parlimen. Juga tak melibatkan ramai peserta. Nak elak H satu N satu dan lani kan bulan Ramadhan. Sesuai benor ler. 40 minit saja ..... Ke bawah DYMM SPB Yang DiPertuan Agong datang mencemar duli untuk bersama-sama meraikan sambutan tersebut.

Semoga Allah s.w.t merahmati akan negara kita dan menjauhkan orang yang berniat tidak baik atau tidak jujur di dalam menunjukkan taat setia kepada Raja dan Negara.