Friday, November 27, 2009

Hari Raya Aidil Adha 1430 Hijri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Selamat bertemu kembali.
Hari ini seluruh umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidil Adha
Bagi jemaah haji terutamanya Cek Mat Shukor dan Cek Sapuan, mereka amat berharap agar dapat mengalami Haji MABRUR.

Sudah lama penulis meninggalkan blog ini.
Bukan disengajakan ....... rasanya masa begitu padat sekali dengan kerja-kerja penting yang
perlu diselesaikan....... dengan kadar segera.

Tidak disangka-sangka, Urusetia MSSD LMS telah dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan Karnival Sukan
Sekolah Murid Orang Asli Kebangsaan ke-3 pada 7 hingga 10.11.2009. Karnival ini disambut penyertaannya
dari 7 buah pasukan negeri yang terdiri dari Negeri Perak, Kelantan, Pahang, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan
dan Selangor. Peserta atlet yang hadir telah bersemangat untuk menyertai sebanyak 5 acara sukan iaitu, bola sepak,
bola baling (L)dan (P), sepak takraw dan olahraga. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama di
dalam menjayakan karnival ini. Begitu juga kepada pihak MPT yang telah memberikan kebenaran di dalam menggunakan
premis yang berkenaan agar karnival ini direalisasikan. Untuk melaksanakan program ini, ianya begitu mencabar sekali.
Tidak lupa juga para atlet dan guru-guru dibawa untuk melawat Night Safari Zoo Taiping, di antara zoo semulajadi yang
terkenal di Malaysia. Biarpun cuaca yang tidak mengizinkan, namun aktiviti dapat diteruskan sehingga ke penghujungnya.
Terima kasih kepada abang-abang tren driver.

Pada 20 hingga 22.11.2009, pasukan guru-guru dan staf yang membentuk pasukan PSKPP LMS telah menunjukkan kebolehan
masing-masing di Pesta PSKPP Negeri Perak yang telah dilaksanakan di UiTM Seri Iskandar. Daerah yang mempunyai kemudahan
prasarana sukan dan asrama membolehkan perlaksanaan pesta berjalan dengan lancarnya. Biarpun tidak terbaik, namun pasukan
PSKPP LMS telah menjadi Naib Johan keseluruhan. Tahniah kepada semua yang terlibat. Walaubagaimanapun, jika kita lebihkan
usaha, tidak mustahil daerah kita akan berjaya sebagai JUARA.