Sunday, May 23, 2010

Salam dan selamat sejahtera.
Pada 5 Mei .... aku terima surat pertukaran ke SK Taman Palma .... sebuah sekolah yang akan dibuka pada 1 Jun nanti...
Tak sangka betul aku akan ke sana....... baru 4 bulan setengah di SK Kamunting .....
kena tukar lagi ...... habis punah perancangan yang nak dibuat di sekolah lama.
Terfikir aku ...... kenapa aku dipilih? Takdak orang lainlagi ker?
Macammanapun .... arahan telah dikeluarkan ..... kena pergi jugak .....
Insyaallah aku akan cuba sebaik mungkin........
Dah 2 minggu aku bersama Cikgu Basri dan Cikgu Azizah merancang bersama2 caretaker
Raman dan Azmi.
Cikgu pun dah lapor diri ..... nampak buat permulaan ni okay ...... harap2 akan berterusan.
bila sekolah baru ...... kosong belaka ..... kena mula daripada kosong ...... duit pulak takdak.....
buat ler apa yang patut ....... cikgu kelas nampak puas hati ..... begitu juga dengan bilik guru.

Sunday, May 9, 2010

teruskan kerjaya guru

Jika sebelum ini selama 8 tahun menguruskan perjalanan perancangan program sukan di peringkat daerah dan negeri, amatlah berbaloi apabila memegang jawatan sebagai PK Kokurikulum di SK Kamunting.
Perancangan Kokurikulum berjalan dgn lancar hasil komitmen Cikgu Asma menyusun atur guru-guru di dalam aktiviti kokurikulum sekolah. Begitu juga dengan kerjasama semua guru terutamanya bos .... Cikgu Aziz.
Walaupun masih dalam proses mengecamkan guru-guru dan nama masing-masing, perancangan di dalam mengadakan temasya olahraga tahunan sekolah menjadi perkara utama. Ianya menjadi titik permulaan satu tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan dengan jayanya.
Alhamdulillah ...... berkat doa semua pihak, temasya dapat dijalankan dengan jaya dan meriahnya pada 20.2.2010. Walaupun YB Datuk Muhamad Zahir tidak berpeluang untuk menyertainya, kehadiran ibu bapa dan penjaga murid-murid begitu memberangsangkan sekali. Terima kasih kepada semua pihak. Begitu juga kepada para penaja. Budi baik anda hanya Allah s.w.t yang membalasnya.