Tuesday, April 12, 2011

suku tahun 2011

Bulan April muncul kembali ..... ini bermakna tahun 2011
memasuki suku tahun ...bagaimana dengan SK Taman Palma ....

Bagi unit kokurikulum ..... kehidupan diteruskan dengan
penggiliran perjumpaan di dalam kegiatan kokurikulum.

Kursus kepimpinan organisasi juga telah dianjurkan, disertai
dan dikendalikan dengan sebaiknya.

Dalam pada itu terdapat penyertaan murid di dalam kegiatan /
program / pertandingan di peringkat sekolah /zon / daerah.

Antaranya adalah;
1. kursus kepimpinan organisasi (kokurikulum sekolah).
2. pertandingan 'public speaking' dan 'spelling bee' (ko-akademik zon).
3. perkhemahan tKRS (kokurikulum negeri).
4. Karnival Seni dan Kebudayaan - Koir (ko-akademik LMS)

Di bidang sukan di bawah PERSUS (Program Perkasakan Sukan Utama Sekolah).
1. bola tampar - peringkat kumpulan (z0n)
2. bola sepak zon - peringkat kumpulan (zon)
3. bola jaring - ke-4 (zon)
4. sepak takraw - peringkat kumpulan (zon)
5. catur - tempat ke-4 individu (zon) dan ke-6 individu (LMS)

Namun begitu, yang paling membanggakan adalah team ....
6. olahraga - 5 E, 4 P, 3 G ...... dan sudah tentu menjadi Naib Johan Keseluruhan di
dalam Kejohanan Balapan dan Padang Zon Kamunting.

Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa orang murid yang dipilih untuk mewakili
zon dan LMS.
1. bola sepak - 1 orang (z0n, LMS)
2. bola jaring - 2 orang (zon)
3. catur - 1 orang (zon)
4. olahraga - 11 orang (zon), 3 orang (LMS)

Di bidang pengurusan pula, SK Taman Palma berjaya melaksanakan amanah di dalam
mengelolakan pertandingan. Antaranya;
1. Pertandingan Catur B12 LMS.
2. Kejohanan Balapan dan Padang Zon Kamunting.
3. Karnival Seni dan Kebudayaan LMS.

Dimasa terdekat;
1. Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Zon Kamunting.

Diharapkan akan ada lagi pencapaian yang dijulang oleh murid-murid SK Taman Palma.
Insyaallah.

Thursday, January 6, 2011

tahun2011

Tahun baru menjelma lagi.
Alhamdulillah kepada Allah swt di atas peluang yang masih lagi diberi olehNya.
Sepanjang 6 bulan SK Taman Palma beoperasi, Unit Kokurikulum / Sukan telah melaksanakan'beberapa program demi untuk menonjolkan bahawa SK Taman Palma benar2 beoperasi.
Sepanjang 1/2 tahun itu, antara program yang telah dijalankan adalah seperti;
1. Minggu Kecergasan - Julai.
  • Antara aktiviti yang dijalankan adalah senamrobik, pertandingan futsal dan bola jaring antara rumah sukan.
2. Sambutan Bulan Kemerdekaan - Ogos & September.
3. Hari Kourikulum - November.
4. Temasya Olahraga Tahunan - November.

Antara program sekolah yang dijalankan adalah;
1. Kursus kepimpinan pengawas dan ketua kelas.
2. Majlis Graduasi Murid Prasekolah.
3. Sambutan Hari Raya Aidil Fitri.
4. Majlis Hari Anugerah.
5. Program Sambutan Ihya Ramadhan.
6. Majlis Khatam Al-Quran.

Antara program yang dijalankan oleh KESUMA.
1. Majlis berbuka puasa.
2. Majlis membersihkan kawasan sekolah.
3. Jamuan Hari Raya.
4. Jamuan Akhir Tahun.
5. Hari Usahawan.

Yang pasti program yang dirancangkan telah dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama semua pihak.
Bagi Tahun 2011, banyak lagi program dan aktiviti yang akan dilaksanakan demi untuk menonjolakan lagi SK Taman Palma, guru-guru, murid-murid dan masyarakat sekitar.

Terima kasih daun keladi ..... ...