Sunday, April 22, 2012

Persaraan Tuan Guru Besar









Semalam, 20 April 2012 adalah hari terakhir bagi Cikgu Mohamad Saleh Wahab, Guru Besar pertama SK Taman Palma yang bersara di situ. Setelah hampir 35 tahun memperhambakan diri sebagaai pendidik pada hampir 8 buah sekolah, sampailah masanya untuk beliau bersara wajib pada usia 58 tahun.

Satu majlis besar-besaran telah diadakan untuk meraikan persaraan beliau. Dewan terbuka sekolah telah menjadi bukti bahawa majlis tersebut direalisasikan dengan begitu sempurna sekali hasil kerjasama semua guru. Terima kasih kepada semua anggota keluarga beliau yang begitu memberikan kerjasama untuk menjayakan majllis ini.

Syabas kepada semua guru yang telah bertungkus-lumus agar majlis tersebut dapat berjalan dengan lancarnya. Begitu juga kepada semua rakan beliau yang turut meraikan majlis tersebut. Sesungguhnya anda adalah sebenarnya rakan beliau.

Namun begitu, maaf dipinta jika di sepanjang majlis tersebut terdapatnya kekurangan.







Sunday, April 15, 2012

Mesyuarat JK Penilaian Teknikal dan Kewangan KPM/JPN

Inilah kali pertama saya dipanggil untuk menghadiri mesyuarat ini. Sepanjang 10 hingga 13.4.2012, saya dan seramai 42 orang guru dari daerah LMS, Hulu Perak, Batang Padang, Perak Tengah, Hilir Perak yang terlibat di dalam mesyuarat ini
Mesyuarat itu telah diadakan di Best Western Pangkor Island Resort, Teluk Muroh, Lumut. Itulah kali pertamanya saya bermesyuarat di situ ..... begitu juga yang lain. Apartment 3 bintang..... luas betul. Saya sebilik dengan Cikgu Mukhterizam ...
Kami telah didedahkan dengan cara untuk menilai perbelanjaan dan kewangan pihak-pihak yang tertentu. Saya begitu berpuas hati dengan pendedahan berkenaan tugasan yang diberi dan boleh dijadikan landasan untuk melaksanakannya di sekolah.
Terima kasih BPPA KPM dan UPPA JP Perak.

Karnival Muzik dan Kebudayaan SR LMS

Semalam berlangsungnya karnival tersebut yang melibatkan hampir seramai 400 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid dari 6 zon yang terdapat di Daerah Larut MAtang dan Selama. Terdapat 4 kategori pertandingan telah dilangsungkan iaitu Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi, Rekoder dan Formasi,
SK Taman Palma selaku Pengerusi Panitia Muzik Daerah telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi tuan rumah karnival bagi tahun kedua. Ianya dibantu oleh SK Taman Panglima selaku Pengerusi Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi, SJKC Pokok Assam (Pengerusi Pertandingan Koir), SK Kampung Jambu (Pengerusi Pertandingan Rekoder Ensamble) dan SK Taman Jana (Pengerusi Pertandingan Tarian).
Karnival begitu meriah sekali dengan kehadiran dikalangan pendidik dan ibu bapa serta keluarga para peserta. Ini adalah satu perkembangan yang sihat di mana karnival ini disokong oleh semua pihak. Demi untuk kebaikan murid-murid.
Kepada pasukan Rekoder Ensamble SK Taman Palma, syabas kerana mendapat Tempat Kedua manakala pasukan Koir telah mendapat Tempat Ketiga.
Bagaimanapun, terima kasih kepada guru-guru SK Taman Palma yang telah memmberikan kerjasama yang hebat di dalam menjayakan karnival ini.
'One man show cannot make the show perfect, cooperation is the main subject.'
Terima kasih tidak terhingga kepada Tuan Haji Mahd Sharipuddin Shafie, Timbalan PPD LMS yang sudi untuk merasmikan majlis penutup dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Begitu juga kepada Encik Osman Ibrahim, Penolong PPD (Koakademik) dan Ta Haji Ahmad Sapuan

Sunday, April 8, 2012

kuliah kedua

Keadaan di UPSI kampus Sultan Azlan Shah Proton City tidak sepertimana kuliah pertama tempoh hari. Keadaan persekitaran pada pagi ini nampaknya ok ..... rakan-rakan terus menuju ke lokasi yang ditetapkan .. Namun begitu masih ada yang tercari-cari .... mungkin kuliah pertama dulu tak hadir .... terpaksa banyak bertanya.

Seperti biasa Dr. Kadir dengan selambanya memberikan kuliah ...... tapi gangguan dari pihak luar seringkali mengganggu perjalanan kuliah. Tapi bila dapat soalan kuiz ... menganga jer ....
Tn. Hj. Abu Bakar hari ni sungguh laju kuliahnya ..... macam Formula Satu .... apa-apa pun boleh catat juga .... kuiz?..... buat jer ....