Monday, June 22, 2009

Gimrama MSSM


Setelah beberapa lama tidak bersama sebarang kontinjen, aku diamanahkan bersama pasukan Gimrama MSSPK ke Kuantan, Pahang.
Team begitu semangat mengikuti latihan penyesuaian gelanggang (3.6.2009).
Nak tau di mana? Inilah kali pertamanya kejohanan MSSM diadakan di lokasi yang amat berbeza sekali. Berjaya Mega Mall, Kuantan. Tempat yang menjadi tumpuan warga Kuantan.
Gimnas yang comel-comel tu tidak hiraukan kehadiran penonton. Yang penting rentak, persembahan dan sudah tentu lenggok gimrama disepadukan sebelum kejohanan sebenarnya mulai esok.
Lokasi penginapan aku sudah tentu Grand Continental, Kuantan. Tak payah bergerak dengan kenderaan. Lebih kurang 50 meter sahaja. Senang untuk pergi dan mudah untuk berehat sebentar.
Terima kasih juga kepada L.O pasukan MSSPK, Cikgu Mat. Beliau sentiasa ada di lokasi pertandingan. Memberikan panduan dan perkhidmatan kepada pasukan MSSPK. Jasamu dikenang.
Dengan kesungguhan yang ditunjukkan, amatlah berbaloi kerana pasukan MSSPK telah memperolehi 1 Emas, 1 Perak dan 2 Gangsa. Terima kasih kepada Lee Wan Nin dan yang lainnya. Anda tidak kalah.....cuma gagal untuk menang.
Kepada pegawai pasukan...... terima kasih di atas segalanya.



Thursday, June 18, 2009

MSSM

Selamat bertemu kembali. Keadaan begitu sibuk sekali... nak layan blog sendiri pun terlepas.
Minggu lepas (3 hingga 7.6.2009) out station ke Kuantan, Pahang. Dari Taiping terus menyusur lebuh raya terbaik di Asia (PLUS ler tu..) . Sampai Tanjung Malim susur keluar menuju ke Batang Kali..... Genting Highland...... melalui Bentong.... naik LPT (beralun ler jugak..... cuaca baik... layan ler dengan kelajuan yang tidak membolehkan dapat saman daripada Trafik) ..... Bila susur keluar Kuantan amatlah melegakan sekali.
Sebenaqnya itu ler pertama kali aku melalui kawasan tersebut. Itu pun ada ler kekawan yang guide bila nak lalu kut situ..... Jangan tersasar masuk gaung (PERINGATAN ....... tapi alhamdulillah)
Hampir 8 jam jugak dok layan sehingga sampai ke matlamat yang dirancangkan.
Nostalgia juga kerna aku pernah bertugas di negeri tersebut. Tapi bahagian tenggara Pahang.
Lain masa sambung lagi.