Kerajaan Perpaduan dikepalai oleh PKR dan disokong oleh BN, DAP, AMANAH, GRS, PBS telah pun terbentuk sejak YDPA menitahkan pembentukan KERAJAAN untuk mentadbir negara MALAYSIA.
Peluang telah diberikan kepada semua pihak berkepentingan.untuk mentadbir negara, namun ada kesombongan dalam diri pemimpin yang sebelumnya mengharapkan orang lain untuk menjadi pemimpin negara walaupun dengan cara yang songsang. Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Diri Yang Lebih. Berapa lama boleh berlakon. Berapa lama boleh berbohong. Berapa lama boleh perasan diri hebat dan disukai oleh rakyat yang tergedik-gedik memilih mereka dahulu. Tidak salah untuk melabelkan pengikut@penyokong@pengundibiul adalah kumpulan yang inginkan padang baharu untuk diragut tapi malangnya rumput disediakan diletakkan racun berbisa.
Apabila Kerajaan Perpaduan menyusun langkah dalam mengendalikan negara ke arah kecemerlangan, maka wujudlah kumpulan yang tidak berpuashati dan masih beranggapan bahawa mereka sepatutnya di kedudukan tersebut. Umpama 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.' Menderhaka kepada titah SPBYDPA menyebabkan mereka kehilangan kuasa.
Inilah sepatutnya hukuman Allah yang perlu mereka terima.

