Wednesday, July 29, 2009

Pertandingan senamrobik LMS



Berjumpa lagi....
Bulan Julai pada setiap tahun diisytiharkan sebagai Bulan
Kecergesan KPM. Oleh yang demikian, setiap PPD perlu
merancang aktiviti-aktiviti yang ingin dilaksanakan.
Bagi tahun ini... temanya 'Kecergasan Membina 1Malaysia'. Ini
bermakna semua golongan masyarakat di dalam keluarga pendidikan bergabung untuk sama-sama menyertainya.
Pada 13 Julai yang lalu, Unit Sukan PPD LMS telah berjaya menganjurkan pertandingan senamrobik B14. Sebanyak 11 pasukan perempuan dan 6 pasukan lelaki telah mengambil bahagian. Lokasi pertandingan di Dewan SMK Dr. Burhanuddin. Terima kasih kepada Tuan Haji Yahya dan kepimpinannya kerana telah membenarkan pihak kami menggunakannya. Nampaknya pelajar perempuan lebih berminat untuk menyertai pertandingan ini. Biar kalah bertanding.... jangan kalah terlebih
awal kerana tidak mengambil bahagian.
Selepas menunjukkan kebolehan masing-masing mengikut garis panduan pergerakan yang ditetapkan serta disokong dengan ciri
penghakiman oleh hakim-hakim yang berkelayakan, johan senamrobik lelaki dimenangi oleh pasukan SMK Bukit Jana
manakala perempuannya dimenangi oleh SMK Taman Tasik.
Terimkasih kepada Tuan Haji Aminudin kerana sudi untuk hadir
dan seterusnya menyempurnakan penutupan majlis dan
menyampaikan hadiah
Tahniah kepada yang berjaya...... yang kurang berjaya, ambil
bahagian lagi di tahun hadapan. terima kasih juga kepada semua
AJK yang telah berjaya melaksanakan tugasnya masing-masing.