Sunday, March 25, 2012

Pasukan Balapan dan Padang Zon Kamunting

Tarikh 20 dan 23.3.2012 telah melahirkan satu sejarah yang termetri bahawa Pasukan Balapan dan Padang Zon Kamunting telah menjuarai Keseluruhan Sekolah-Sekolah Rendah Kejohanan Balapan dan Padang Daerah LMS kali ke-56.
Dengan kekuatan yang dijanakan oleh seramai hampir 70 orang atlet yang dipilih hasil daripada Kejohanan Balapan dan Padang Zon Kamunting, keputusan tersebut sememangnya sangat-sangat dinanti-nantikan. Ini adalah kerana, buat pertama kalinya di zaman mellinium ini pasukan Zon Taiping dapat dikalahkan di dalam perebutan sebagai juara keseluruhan. Di samping itu juga, 3 daripada 4 kategori kejuaraan telah dipungut oleh Zon Kamunting.
Adalah sesuatu yang amat mengujakan sekali di mana pentadbiran SK Taman Palma selaku Pengerusi Pengelola Balapan dan Padang Zon Kamunting telah dapat menguruskan pasukan zon sehinga menerbitkan kejayaan ini.
Buat semua ahli pasukan Zon Kamunting yang merangkumi para atlet, pengurus pasukan, jurulatih, guru pengiring dan para penyokong pasukan, tahniah diucapkan di atas kejayaan ini.

Thursday, March 8, 2012

orang lama dan orang baru

Tanggal 6.7.2012, SK Taman Palma buat pertama kalinya telah 'merayakan' majlis persaraan seorang guru. Cikgu Roslena bt. Mohammed, mantan guru sk taman panglima hanya sempat berkhidmat di sini dalam jangka masa 1 tahun 2 bulan sebelum melengkapkan 58 tahun perkhidmatan. Majlis begitu berbeza jika dibandingkan dengan penghijrahan rakan-rakan yang lain seumpama Cikgu Nani Mastina (KPM), Cikgu Pauziah (PKKK SKSY), Cikgu Normariyati (keluar negeri), Cikgu Basri (Penyelia di JPN), Cikgu Hanizah (PKKK SK KP), Cikgu Nancy (GB SKSJ), Cikgu Azmi (Penyelia di PPD), atau Cikgu Wanbob (PKKK SKST). Lain bebenor ..... Sayu aje .... anak-anak murid seperti meruntun jiwa ... sedih sungguh. Sampai juga hasrat Kak Ena nak bersara ketika kesihatan masih lagi terjamin. Aku macamana pula? Apa-apa pun .......... Selamat Menjadi 'YB', Kak Ena.
Nampaknya BOSS pun dah beria-ia nak ke arah itu..... bulan April ler.....

Ujian Bulan Mac berlangsung semalam. Penilaian berasaskan sekolah digunapakai. KSSR dilaksanakan bagi murid-murid Kohort 2 dan 1.

Pertandingan Bola Jaring Zon Kamunting berlangsung hari ini di sekolah lama .... bertempur habis .... padang punah ..... kalahkan SKBJ 6-5, kalah kepada SKAP 4-6, menang dengan SKKP 11-1 .... layak suku akhir .....

Sunday, March 4, 2012

first and second days Sem 2 at UPSI

Bila tengok jadual tutorial dalam Laman web PPL, kampus Sultan Azlan Shah, Proton City terbayang di fikiran. Mana pernah pih ke situ .... macam mana ler rupenya. Dari simpang jam 6.00 pagi ...... sempat ker sampai jam 8.00 pagi di tanjong. Tawakkal saja ler. Kenderaan kurang pada pagi tu ........ santai saja drive ..... tu pun 120 terpacak ... harap-harap trafik tak pasang apa-apa.

Ingatkan aku ler lambat ...... rupa-rupanya barai ...... ramai dok tercari-cari .... tempat baru katakan ..... mana B03 .... fakulti matematik ..... keadaan bilik masih berdebu. Pasai apa PPL uruskan ke tempat yang masih berdebu .... mungkin ada hikmahnya. Itu di sebelah pagi ...... awal petang ok dah. Semuanya tekun di bilik masing-masing.

Dr. Khadir ...good .... provoke nampak ..... takpa kena berfikir kritis ler sama. Dr. Bakar .... walaupun serak-serak basah .... husky .... bettter and ok.. maklumat masuk.

Kembali ke Induk keesokkan harinya ...... Tadahan Selatan di serang .... Encik Mohd Nazri .... Pengarah ICT ajaq kami woooooo...... memecah benteng ICTfobia .... alhamdulillah dapat ilmu baru.... And lastly Dr. Seri Lanang..... perhaps orang berbahasa .... ada kelembutan .....

Untuk bulan April nanti? Dapat berkenalan dengan pensyarah yang lain pula? Berkawan biar seribu ...... berkasih hanya satu ... ibu kepada anak-anakku .... anak mak mertuaku ...

2012 dan 2 sesi

Selamat bertemu kembali.

Pada hari ini cukuplah 2 bulan SK Taman Palma memulakan sesi persekolahan melawan dasar yang telah ditetapkan oleh KPM iaitu sekolah dua sesi ...... dua sesi tu .... pagi dan petang.
Tahniah kepada guru-guru yang telah menerima tugasan masing-masing...... tak kiralah sama ada pagi atau petang ..... masa tetap sama ...... tapi berpuas hati ker .... jangan memikiorkan pasai apa aku kena petang ..... kenapa aku tak boleh tolak pagi. Ada kriteria masing-masing .... aku ada kelebihan juga .... betul ker. Nanti pih ke pagi pulak ...... bergilior-gilior. Tapi kena ler tunjukkan keluarbiasaan tindakan .... jangan ler melampau pulak.
Masing-masing dah kenai...kan kawan-kawan. boleh bekerjasama ker ..... peringkat awai mungkin dok tengah mamai lagi. Lamo-lamo nanti ngam ler. Ya tak? TAk palah
Tapi bila dua sesi ni ada perasaan kesian pulak bila nak adakan mesyuarat..... hati ni kecik sangat ker sampai tak boleh nak tegaskan kita perlu buat mesyuarat ...... perlu .... jangan bangkang ....... hiiiiii keras pulak no .... tapi tak pa. Macam orang cina kata .... man-man ler. Nanti kita akan berjumpa juga .....ada banyak program nak buat ..... ada banyak mesyuarat ..... jangan mesyuarat fobia dah .....

Anak-anak kita ramai dah terlibat dalam pertandingan sama ada di peringkat zon atau daerah. Dalam bidang sukan mahupun ko-akademik ..... kita imbas kembali;
1. Pertandingan bola tampar (P) zon
2. Pertandingan badminton zon
3. Pertandingan balapan dan padang zon
4. Pertandingan tenpin boling daerah
5. Pertandingan bola sepak zon
6. Pertandingan sepak takraw zon dan daerah
7. Pertandingan MTQ zon dan kamunting
di sepanjang 2 bulan ini..

For sure .... anda dapat lihat .... mereka yang berjaya adalah pejuang-pejuang yang berkorban dari peringkat awal ..... tahniah kepada Cikgu Azman dan 'tentera-tentera' yang telah menggempur dan menggemparkan kawasan. Tahniah kepada regu emas sepak takraw ... anda membuka mata semua pihak. Syabas kepada dream team football .... Tidak lupa kepada MTQ team ..... exspecially Zharif, sipencerita cilik. Inilah 'our team' yang menaikkan nama sekolah......