Tanggal 6.7.2012, SK Taman Palma buat pertama kalinya telah 'merayakan' majlis persaraan seorang guru. Cikgu Roslena bt. Mohammed, mantan guru sk taman panglima hanya sempat berkhidmat di sini dalam jangka masa 1 tahun 2 bulan sebelum melengkapkan 58 tahun perkhidmatan. Majlis begitu berbeza jika dibandingkan dengan penghijrahan rakan-rakan yang lain seumpama Cikgu Nani Mastina (KPM), Cikgu Pauziah (PKKK SKSY), Cikgu Normariyati (keluar negeri), Cikgu Basri (Penyelia di JPN), Cikgu Hanizah (PKKK SK KP), Cikgu Nancy (GB SKSJ), Cikgu Azmi (Penyelia di PPD), atau Cikgu Wanbob (PKKK SKST). Lain bebenor ..... Sayu aje .... anak-anak murid seperti meruntun jiwa ... sedih sungguh. Sampai juga hasrat Kak Ena nak bersara ketika kesihatan masih lagi terjamin. Aku macamana pula? Apa-apa pun .......... Selamat Menjadi 'YB', Kak Ena.
Nampaknya BOSS pun dah beria-ia nak ke arah itu..... bulan April ler.....
Ujian Bulan Mac berlangsung semalam. Penilaian berasaskan sekolah digunapakai. KSSR dilaksanakan bagi murid-murid Kohort 2 dan 1.
Pertandingan Bola Jaring Zon Kamunting berlangsung hari ini di sekolah lama .... bertempur habis .... padang punah ..... kalahkan SKBJ 6-5, kalah kepada SKAP 4-6, menang dengan SKKP 11-1 .... layak suku akhir .....
BIAR KU MENJADI LILIN
-
Kepada rakan-rakan guru, hayati lagu ini......
http://youtu.be/W2-SBimSAfk
14 years ago


No comments:
Post a Comment