Friday, November 27, 2009

Hari Raya Aidil Adha 1430 Hijri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Selamat bertemu kembali.
Hari ini seluruh umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidil Adha
Bagi jemaah haji terutamanya Cek Mat Shukor dan Cek Sapuan, mereka amat berharap agar dapat mengalami Haji MABRUR.

Sudah lama penulis meninggalkan blog ini.
Bukan disengajakan ....... rasanya masa begitu padat sekali dengan kerja-kerja penting yang
perlu diselesaikan....... dengan kadar segera.

Tidak disangka-sangka, Urusetia MSSD LMS telah dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan Karnival Sukan
Sekolah Murid Orang Asli Kebangsaan ke-3 pada 7 hingga 10.11.2009. Karnival ini disambut penyertaannya
dari 7 buah pasukan negeri yang terdiri dari Negeri Perak, Kelantan, Pahang, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan
dan Selangor. Peserta atlet yang hadir telah bersemangat untuk menyertai sebanyak 5 acara sukan iaitu, bola sepak,
bola baling (L)dan (P), sepak takraw dan olahraga. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama di
dalam menjayakan karnival ini. Begitu juga kepada pihak MPT yang telah memberikan kebenaran di dalam menggunakan
premis yang berkenaan agar karnival ini direalisasikan. Untuk melaksanakan program ini, ianya begitu mencabar sekali.
Tidak lupa juga para atlet dan guru-guru dibawa untuk melawat Night Safari Zoo Taiping, di antara zoo semulajadi yang
terkenal di Malaysia. Biarpun cuaca yang tidak mengizinkan, namun aktiviti dapat diteruskan sehingga ke penghujungnya.
Terima kasih kepada abang-abang tren driver.

Pada 20 hingga 22.11.2009, pasukan guru-guru dan staf yang membentuk pasukan PSKPP LMS telah menunjukkan kebolehan
masing-masing di Pesta PSKPP Negeri Perak yang telah dilaksanakan di UiTM Seri Iskandar. Daerah yang mempunyai kemudahan
prasarana sukan dan asrama membolehkan perlaksanaan pesta berjalan dengan lancarnya. Biarpun tidak terbaik, namun pasukan
PSKPP LMS telah menjadi Naib Johan keseluruhan. Tahniah kepada semua yang terlibat. Walaubagaimanapun, jika kita lebihkan
usaha, tidak mustahil daerah kita akan berjaya sebagai JUARA.

Thursday, September 3, 2009

Ramadhan 13 dan September 3

Sudah hampir pertengahan ramadhan kita menjalani ibadah puasa. Bulan masihi pun dah menjangkau ke bulan September. Begitu cepat waktu berlalu..... umur pun sehari demi sehari telah meningkat tua dengan drastiknya. Kepantasan waktu begitu mengkagumkan sekali.

Macamana nak tau diri dah tua? Mata dah mula kabur ......., kulit dah mula kedur ........, badan dah mula susut ........., uban dah makin keluar berebut-rebut ........, makan pun dah mula kedekut dan masa makin mencemburui kita.

Banyak hari tak tengok blog. Bukan merajuk, tapi terpaksa akur dengan kehendak semasa yang menyebabkan perkara lain terpaksa didahulukan.

Puasa ke-5 dan ke-6 tempoh hari yang bersamaan dengan cuti persekolahan pertengahan penggal dapatlah merasa berpuasa di Tandop, Alor Setar. Kampung teman tu .... ya ... teman orang Kedah. Tengok tagline pun dah tau ..... memang bukan orang Perak ....... ya ...... tak percaya jugak ker?

Mai saja sebelah petang, berjenis-jenis jualan kategori makanan telah dijual di pasar ramadhan di kampung tu. Memang menjadi tumpuan orang ramai. Bagi depa yang dok kat titi keling pun boleh mai. Dok kat hujung alor pun sama, kampung kat selekoh masjid tandop pun mai menderu. Jalan kaki pun boleh ..... dekat sangat. Berdepan dengan SK Dato' Wan Mohammad Saman, Tandop. Sekolah lama teman ler tu. Haah... Perdana Menteri Kedah yang pertama tu .... orang paling genius masa tu .... macam IR lagi. Bukan macam IR yang dok buat kalut di sini.

Anak-anak pun rambang mata nak pilih makanan ...... kalau boleh nak pungut semua. Jenuh ler kalau macam tu. Cashiernya nin dia. Selai-selai ambik. ATM bergerak katakan. Masa tu di situ hujan turun kadang-kadang lebat ..... sebelah petang dan malam. Tapi sejuk ler .... bagus jugak masa berpuasa.

Malam Jumaat baru cunggit balik ke Simpang, Perak. Sepanjang keluar dari rumah di kampung,.... naik lebuhraya PLUS dari Alor Setar Selatan ....... sampai tol Kamunting ........ hujan memanjang. Nak singgah berhenti kat R&R ker atau hentian ker .... tak dak makna. Hujan lebat betul.

Anniversari Kemerdekaan kali Ke-52 pun dah disambut. Tahun ni buat secara sederhana saja .... di Dataran Parlimen. Juga tak melibatkan ramai peserta. Nak elak H satu N satu dan lani kan bulan Ramadhan. Sesuai benor ler. 40 minit saja ..... Ke bawah DYMM SPB Yang DiPertuan Agong datang mencemar duli untuk bersama-sama meraikan sambutan tersebut.

Semoga Allah s.w.t merahmati akan negara kita dan menjauhkan orang yang berniat tidak baik atau tidak jujur di dalam menunjukkan taat setia kepada Raja dan Negara.

Monday, August 24, 2009

Puasa tetap puasa

Hari ini dah masuk hari ketiga berpuasa. Hari ini juga tidak melibatkan kematian pendemik influenza H satu N satu bagi hari ketiga setelah berlakunya 68 kematian sebelum ini.

Walaupun H satu N satu ini menurun dari segi kematian, tetapi kita jangan alpa dan lalai di dalam melakukan pencegahan awal. Kita takut gelombang seterusnya akan membawa bencana yang amat besar kepada rakyat Malaysia.

Musim percutian persekolahan telah bermula. Sekolah ditutup buat sementara untuk pelajar-pelajar... namun kelas tuisyen mungkin berjalan. Penggunaan 'face mask' perlu dilakukan agar kealpaan di dalam menangani influenza ini akan menyebabkan terjadinya tragedi.

Bulan Ramadhan Al-Mubarak membolehkan umat Islam melipatgandakan ibadah masing-masing. Pahala dicari, dosa dijauhi. Insyaallah. Biarlah kita mencemburui di dalam menambahkan amal ibadah daripada menukar beli peralatan rumah yang masih boleh digunakan lagi.

Bazaar Ramadhan yang tumbuh bak cendawan di serata tempat sememangnya menjadi tumpuan oleh segenap lapisan masyarakat. Segala juadah yang disediakan begitu menarik minat dan nafsu untuk membelinya. Bagi mereka yang biasanya berniaga makanan, ada cara yang tertentu untuk menarik perhatian para pengunjung. Mungkin juga rasa makanannya tidak lari daripada yang biasa disediakan sebelum ini. Mutu dijaga ...... rasa menjadi pemangkinnya. Bagi yang timbul hanya di bulan Ramadhan ...... perasaan was-was di kalangan pengunjung tidak dapat dinafikan.

Bagaimanapun, kebersihan kawasan berjual beli perlu dijaga. Jangan hanya disebabkan telah membayar sewaan bulanan, perkara tersebut diabaikan. Bekerjasamalah untuk membersihkannya selepas setiapkali berjual beli agar keuntungan yang diperolehi akan diberkati oleh Ilahi. Kalau tidak ...... datanglah berbagai penyakit yang tidak kita jangka sama sekali.

Tapi ingat .... adalah menjadi hak mutlak Allah SWT untuk menempatkan makhluknya ke mana saja di akhirat nanti. Jangan memandai-mandai nak ambilalih tugas Yang Maha Kuasa.

Wednesday, August 12, 2009

wabak H satu N satu

Betul ker wabak ini tidak ada penawarnya?

Apakah penyakit yang diwujudkan dengan pengetahuan......, ujian ........
dari Allah S.W.T tidak ada penyakitnya?

Adakah dengan hadirnya virus ini kita hanya berpeluk tubuh semata-mata?
Tidakkah ada usaha daripada semua pihak untuk menanganinya?

Betulkah kebersihan yang kita amalkan masih lagi tidak menepati tahap
ISO yang ditentukan oleh Alah S.W.T?

Adakah kita masih seronok dengan mewujudkan suasana persekitaran
yang kotor kerana menganggap biar orang lain yang kena daripada
kita sendiri yang kena.

Itulah sebabnya kita sanggup untuk membuang sampah-sarap ke
merata-rata tempat tanpa menghitung risiko yang akan mendatangi kita.

Ada tempat yang terpampang papan tanda 'Denda RM500 jika
membuang sampah di sini' menjadi tempat yang begitu seronok
untuk kita melakukan perkara yang sebaliknya.

Sungai-sungai yang mengalir airnya akhirnya lesu disebabkan
tangan-tangan maut manusia yang memenuhkannya dengan sampah-sarap yang tidak berpenghujung masalahnya.


Pembakaran terbuka menjadi satu pesta yang menyeronokkan
bilamana menjadikan suasana yang tidak menyelesakan akibat
daripada pemikiran yang singkat dan ingin memudahkan kerja
dan mengurangkan modal tanpa memikirkan musibah yang
akan menimpa orang lain. Setelah ini berlaku, jangan menggantikan
tugas Allah S.W.T di dalam menghukum orang lain sebagai tidak
islamik, bergelumang dengan maksiat, perasuah dan dirasuah.

Adakah anda telah menjalankan tugas sebagai pemimpim yang
memimpin orang di bawah kepimpinan anda?

Menggelar atau memberikan gelaran yang tidak sepatutnya
bukannya cara terbaik untuk membanteras wabak yang
melanda sekarang ini.

Walaubagaimanapun, berbaliklah semula kepada penghidupan
yang mementingkan kebersihan dan ikutlah suruhan Allah
S.W.T. Sebagai seorang Islam, amalkan membaca doa assyifa
pada sepanjang masa.

Monday, August 10, 2009

H satu N satu

Kini ... 18 orang rakyat Malaysia telah menjadi korban virus ini.
Kenapa ini boleh berlaku? Penduduk Malaysia perlu mengamalkan
kebersihan..... kebersihan sebagaimana lagi? Tak bersihkan rakyat
kita?
Permulaannya dikatakan virus impot oleh pelancong asing dan rakyat Malaysia
yang baru pulang dari luar negara.... negara yang telah tercemar oleh
virus ini. Kini penularannya sepenuhnya secara domestik.
Betul ker penilai penyakit ini di pintu-pintu masuk negara tidak sepertimana
diharapkan?
Adakah kita ingin betul-betul mengelakkan diri kita dari virus ini?
Jadi kenapa ianya semakin membesar. Kasihan kepada mereka yang berisiko
besar .... anak-anak kecil, pesakit asma, pesakit jantung, penanggung obesiti,
pesakit buah pinggang, pesakit kencing waima selsema sekalipun .......
Anda harus berhati-hati.
Sekarang adalah masanya untuk kita menjaga diri masing-masing.
Elakkan daripada berada di dalam perhimpunan yang ramai, menjauhi dari
individu yang mempunyai simpton virus dan memakai topeng mulut.
Paling penting.. .... amalkan kebersihan.

Thursday, August 6, 2009

Bulan Kecergasan PPD. LMS.

Bulan Kecergasan sampai ke penghujungnya pada 31.7.2009. Bagi tahun 2009,
majlis penutup Program Bulan Kecergasan KPM Daerah LMS telah diadakan di
SMK Taman Tasik, Taiping pada 3.8.2009.

Terima kasih kepada pelajar-pelajar dan guru-guru SMK Taman Tasik yang
telah memberikan kerjasama di dalam menyempurnakan majlis berkenaan.

Program berlangsung pada jam 4.00 petang dengan mengadakan pertandingan sepak raga ratus antara sekolah-sekolah. Sebanyak 11 pasukan dari SM dan 2 pasukan SR telah mengambil bahagian. Syabas kepada sekolah-sekolah yang telah mengambil bahagian. Walaupun di peringkat awal peserta kekok dengan
peraturan yang telah ditetapkan namun kemahiran, kebolehan dan bakat
peserta-peserta terserlah di samping guru yang turut sama menyertai
pertandingan berkenaan. Tahniah kepada pasukan SRR dari SMK Dato'
Kamaruddin dan SK Taman Panglima yang telah menjuarai kategori
masing-masing. Jika ada ruang waktu, kita akan adakan lagi pertandingan ini
di tahun hadapan. Insyaallah.

Senamrobik Perdana mengambil ruang selepas pertandingan SRR. Hampir 450 orang peserta di kalangan Pengetua, Guru Besar, Staf PPD. LMS, guru-guru dan
pelajar-pelajar SMK TT dan SERATAS telah bersenamrobik beramai-ramai.
Tetamu kehormat pada majlis tersebut adalah Tuan Haji Mat Lazim Idris,
Pegawai Pelajaran Daerah LMS yang telah sudi bersama-sama di sepanjang
program berkenaan.
Terima kasih kepada pasukan senamrobik dari SMK Tengku Menteri yang telah mengetuai aktiviti berkenaan. Semuanya nampak puas hati walaupun ada yang termengah-mengah dan otot yang menegang.

Terima kasih kepada Encik Rahsib Husain, Tuan Pengetua SMK taman Tasik yang telah sudi membenarkan pihak PPD. LMS. untuk menjadikan sekolah belaiu sebagai lokasi program berkenaan.

Ingat Julai ............ ingat Bulan Kecergasan.

Terima kasih semua.

Wednesday, July 29, 2009

Pertandingan senamrobik LMS



Berjumpa lagi....
Bulan Julai pada setiap tahun diisytiharkan sebagai Bulan
Kecergesan KPM. Oleh yang demikian, setiap PPD perlu
merancang aktiviti-aktiviti yang ingin dilaksanakan.
Bagi tahun ini... temanya 'Kecergasan Membina 1Malaysia'. Ini
bermakna semua golongan masyarakat di dalam keluarga pendidikan bergabung untuk sama-sama menyertainya.
Pada 13 Julai yang lalu, Unit Sukan PPD LMS telah berjaya menganjurkan pertandingan senamrobik B14. Sebanyak 11 pasukan perempuan dan 6 pasukan lelaki telah mengambil bahagian. Lokasi pertandingan di Dewan SMK Dr. Burhanuddin. Terima kasih kepada Tuan Haji Yahya dan kepimpinannya kerana telah membenarkan pihak kami menggunakannya. Nampaknya pelajar perempuan lebih berminat untuk menyertai pertandingan ini. Biar kalah bertanding.... jangan kalah terlebih
awal kerana tidak mengambil bahagian.
Selepas menunjukkan kebolehan masing-masing mengikut garis panduan pergerakan yang ditetapkan serta disokong dengan ciri
penghakiman oleh hakim-hakim yang berkelayakan, johan senamrobik lelaki dimenangi oleh pasukan SMK Bukit Jana
manakala perempuannya dimenangi oleh SMK Taman Tasik.
Terimkasih kepada Tuan Haji Aminudin kerana sudi untuk hadir
dan seterusnya menyempurnakan penutupan majlis dan
menyampaikan hadiah
Tahniah kepada yang berjaya...... yang kurang berjaya, ambil
bahagian lagi di tahun hadapan. terima kasih juga kepada semua
AJK yang telah berjaya melaksanakan tugasnya masing-masing.


Monday, June 22, 2009

Gimrama MSSM


Setelah beberapa lama tidak bersama sebarang kontinjen, aku diamanahkan bersama pasukan Gimrama MSSPK ke Kuantan, Pahang.
Team begitu semangat mengikuti latihan penyesuaian gelanggang (3.6.2009).
Nak tau di mana? Inilah kali pertamanya kejohanan MSSM diadakan di lokasi yang amat berbeza sekali. Berjaya Mega Mall, Kuantan. Tempat yang menjadi tumpuan warga Kuantan.
Gimnas yang comel-comel tu tidak hiraukan kehadiran penonton. Yang penting rentak, persembahan dan sudah tentu lenggok gimrama disepadukan sebelum kejohanan sebenarnya mulai esok.
Lokasi penginapan aku sudah tentu Grand Continental, Kuantan. Tak payah bergerak dengan kenderaan. Lebih kurang 50 meter sahaja. Senang untuk pergi dan mudah untuk berehat sebentar.
Terima kasih juga kepada L.O pasukan MSSPK, Cikgu Mat. Beliau sentiasa ada di lokasi pertandingan. Memberikan panduan dan perkhidmatan kepada pasukan MSSPK. Jasamu dikenang.
Dengan kesungguhan yang ditunjukkan, amatlah berbaloi kerana pasukan MSSPK telah memperolehi 1 Emas, 1 Perak dan 2 Gangsa. Terima kasih kepada Lee Wan Nin dan yang lainnya. Anda tidak kalah.....cuma gagal untuk menang.
Kepada pegawai pasukan...... terima kasih di atas segalanya.



Thursday, June 18, 2009

MSSM

Selamat bertemu kembali. Keadaan begitu sibuk sekali... nak layan blog sendiri pun terlepas.
Minggu lepas (3 hingga 7.6.2009) out station ke Kuantan, Pahang. Dari Taiping terus menyusur lebuh raya terbaik di Asia (PLUS ler tu..) . Sampai Tanjung Malim susur keluar menuju ke Batang Kali..... Genting Highland...... melalui Bentong.... naik LPT (beralun ler jugak..... cuaca baik... layan ler dengan kelajuan yang tidak membolehkan dapat saman daripada Trafik) ..... Bila susur keluar Kuantan amatlah melegakan sekali.
Sebenaqnya itu ler pertama kali aku melalui kawasan tersebut. Itu pun ada ler kekawan yang guide bila nak lalu kut situ..... Jangan tersasar masuk gaung (PERINGATAN ....... tapi alhamdulillah)
Hampir 8 jam jugak dok layan sehingga sampai ke matlamat yang dirancangkan.
Nostalgia juga kerna aku pernah bertugas di negeri tersebut. Tapi bahagian tenggara Pahang.
Lain masa sambung lagi.

Saturday, May 9, 2009

tesco

Selepas bersarapan, aku, isteri dan anak-anak bergegas ke ke tesco... nak beli barang ler... banyak pilihan....
Hampir sampai ke situ, ...aa'ir bagi tau pulak nak beli baju melayu putih... baju lama dah singkat, kata dia. memang ler...dah remaja... tulang pun makin membesar... terus ke 'hari-hari'. situ ler lokasi perniagaan untuk mendapatkan peralatan berkaitan pakaian.
Harga okay..... bagi orang dalam kelompok sederhana macam aku.... tambah pulak pakaian untuk kanak-kanak.
Bila dah sampai ke situ,..... banyak ler idea untuk nak beli benda-benda yang terhidang di depan mata.... itu nak .... ini nak..... tak pa. semuanya untuk anak-anak.
Di tesco... macam biasa ler.... barang yang dibeli seminggu dua yang lepas perlu ditambah.... deqliya macam selalu.... satu troli untuk dia. cangak-cangak tengok keliling. tak pulak dia merap semacam..... tau saja bila doh berjalan-jalan..shopping konon.
tunjuk-tunjuk..... pilih-pilih.... timbang-timbang..... ukur-ukur...... akhirnya boleh ler tahan bila kena bayar 'tol'. mujur ler shopping di tesco seminggu dua sekali turun.

Friday, May 8, 2009

bola sepak

petang tadi aku ambik along di padang latihan.
aku terus memecut dengan passion...tapi masih dalam landasan undang-undang. bukan macam mat rempit no....
beberapa member selatihan dia tengah tunggu...mungkin bapa, abang atau sedara..untuk balik ke rumah.
coach dan pengendali latihan aku lihat dekat gerai minuman...sedang minum, mungkin merancang sesuatu.....demi untuk bola sepak mssd lms....teruskan biar bahagia....tapi aku tabik. itu semua member aku...tapi depa tak perasan...along tu anak aku....biar telus...
along nampak senyum saja...aku simpan ayat tanya...tungguuuuu.
along terpilih...kata dia pelan...bagus ler... hang kena berlatih lagi...jangan cepat puas hati.
dia angguk pelan...... aku tahu dalam hati dia bangga habis.
ayah....kasut ni kena perbaik balik.... tak palah, esok aku akan bawa jumpa doktor kasut kat bawah bangunan fajar taiping.... pasti cantik balik.

lepas minum pagi

bila dah tau skill bikin blog, mula aura dah masuk untuk nak daptkan lagi skill baru.... tok guru bagi signal 2, 3 kali...pih kantin. satgi kita sambung balik..
perut memang sikit keroncong...tinggal laptop...pih kantin.
kena bengkang dengan karipap....susul dengan teh panas...lega ras nyer

jumaat

la ni aku ada di HL3.