Monday, August 24, 2009

Puasa tetap puasa

Hari ini dah masuk hari ketiga berpuasa. Hari ini juga tidak melibatkan kematian pendemik influenza H satu N satu bagi hari ketiga setelah berlakunya 68 kematian sebelum ini.

Walaupun H satu N satu ini menurun dari segi kematian, tetapi kita jangan alpa dan lalai di dalam melakukan pencegahan awal. Kita takut gelombang seterusnya akan membawa bencana yang amat besar kepada rakyat Malaysia.

Musim percutian persekolahan telah bermula. Sekolah ditutup buat sementara untuk pelajar-pelajar... namun kelas tuisyen mungkin berjalan. Penggunaan 'face mask' perlu dilakukan agar kealpaan di dalam menangani influenza ini akan menyebabkan terjadinya tragedi.

Bulan Ramadhan Al-Mubarak membolehkan umat Islam melipatgandakan ibadah masing-masing. Pahala dicari, dosa dijauhi. Insyaallah. Biarlah kita mencemburui di dalam menambahkan amal ibadah daripada menukar beli peralatan rumah yang masih boleh digunakan lagi.

Bazaar Ramadhan yang tumbuh bak cendawan di serata tempat sememangnya menjadi tumpuan oleh segenap lapisan masyarakat. Segala juadah yang disediakan begitu menarik minat dan nafsu untuk membelinya. Bagi mereka yang biasanya berniaga makanan, ada cara yang tertentu untuk menarik perhatian para pengunjung. Mungkin juga rasa makanannya tidak lari daripada yang biasa disediakan sebelum ini. Mutu dijaga ...... rasa menjadi pemangkinnya. Bagi yang timbul hanya di bulan Ramadhan ...... perasaan was-was di kalangan pengunjung tidak dapat dinafikan.

Bagaimanapun, kebersihan kawasan berjual beli perlu dijaga. Jangan hanya disebabkan telah membayar sewaan bulanan, perkara tersebut diabaikan. Bekerjasamalah untuk membersihkannya selepas setiapkali berjual beli agar keuntungan yang diperolehi akan diberkati oleh Ilahi. Kalau tidak ...... datanglah berbagai penyakit yang tidak kita jangka sama sekali.

Tapi ingat .... adalah menjadi hak mutlak Allah SWT untuk menempatkan makhluknya ke mana saja di akhirat nanti. Jangan memandai-mandai nak ambilalih tugas Yang Maha Kuasa.

Wednesday, August 12, 2009

wabak H satu N satu

Betul ker wabak ini tidak ada penawarnya?

Apakah penyakit yang diwujudkan dengan pengetahuan......, ujian ........
dari Allah S.W.T tidak ada penyakitnya?

Adakah dengan hadirnya virus ini kita hanya berpeluk tubuh semata-mata?
Tidakkah ada usaha daripada semua pihak untuk menanganinya?

Betulkah kebersihan yang kita amalkan masih lagi tidak menepati tahap
ISO yang ditentukan oleh Alah S.W.T?

Adakah kita masih seronok dengan mewujudkan suasana persekitaran
yang kotor kerana menganggap biar orang lain yang kena daripada
kita sendiri yang kena.

Itulah sebabnya kita sanggup untuk membuang sampah-sarap ke
merata-rata tempat tanpa menghitung risiko yang akan mendatangi kita.

Ada tempat yang terpampang papan tanda 'Denda RM500 jika
membuang sampah di sini' menjadi tempat yang begitu seronok
untuk kita melakukan perkara yang sebaliknya.

Sungai-sungai yang mengalir airnya akhirnya lesu disebabkan
tangan-tangan maut manusia yang memenuhkannya dengan sampah-sarap yang tidak berpenghujung masalahnya.


Pembakaran terbuka menjadi satu pesta yang menyeronokkan
bilamana menjadikan suasana yang tidak menyelesakan akibat
daripada pemikiran yang singkat dan ingin memudahkan kerja
dan mengurangkan modal tanpa memikirkan musibah yang
akan menimpa orang lain. Setelah ini berlaku, jangan menggantikan
tugas Allah S.W.T di dalam menghukum orang lain sebagai tidak
islamik, bergelumang dengan maksiat, perasuah dan dirasuah.

Adakah anda telah menjalankan tugas sebagai pemimpim yang
memimpin orang di bawah kepimpinan anda?

Menggelar atau memberikan gelaran yang tidak sepatutnya
bukannya cara terbaik untuk membanteras wabak yang
melanda sekarang ini.

Walaubagaimanapun, berbaliklah semula kepada penghidupan
yang mementingkan kebersihan dan ikutlah suruhan Allah
S.W.T. Sebagai seorang Islam, amalkan membaca doa assyifa
pada sepanjang masa.

Monday, August 10, 2009

H satu N satu

Kini ... 18 orang rakyat Malaysia telah menjadi korban virus ini.
Kenapa ini boleh berlaku? Penduduk Malaysia perlu mengamalkan
kebersihan..... kebersihan sebagaimana lagi? Tak bersihkan rakyat
kita?
Permulaannya dikatakan virus impot oleh pelancong asing dan rakyat Malaysia
yang baru pulang dari luar negara.... negara yang telah tercemar oleh
virus ini. Kini penularannya sepenuhnya secara domestik.
Betul ker penilai penyakit ini di pintu-pintu masuk negara tidak sepertimana
diharapkan?
Adakah kita ingin betul-betul mengelakkan diri kita dari virus ini?
Jadi kenapa ianya semakin membesar. Kasihan kepada mereka yang berisiko
besar .... anak-anak kecil, pesakit asma, pesakit jantung, penanggung obesiti,
pesakit buah pinggang, pesakit kencing waima selsema sekalipun .......
Anda harus berhati-hati.
Sekarang adalah masanya untuk kita menjaga diri masing-masing.
Elakkan daripada berada di dalam perhimpunan yang ramai, menjauhi dari
individu yang mempunyai simpton virus dan memakai topeng mulut.
Paling penting.. .... amalkan kebersihan.

Thursday, August 6, 2009

Bulan Kecergasan PPD. LMS.

Bulan Kecergasan sampai ke penghujungnya pada 31.7.2009. Bagi tahun 2009,
majlis penutup Program Bulan Kecergasan KPM Daerah LMS telah diadakan di
SMK Taman Tasik, Taiping pada 3.8.2009.

Terima kasih kepada pelajar-pelajar dan guru-guru SMK Taman Tasik yang
telah memberikan kerjasama di dalam menyempurnakan majlis berkenaan.

Program berlangsung pada jam 4.00 petang dengan mengadakan pertandingan sepak raga ratus antara sekolah-sekolah. Sebanyak 11 pasukan dari SM dan 2 pasukan SR telah mengambil bahagian. Syabas kepada sekolah-sekolah yang telah mengambil bahagian. Walaupun di peringkat awal peserta kekok dengan
peraturan yang telah ditetapkan namun kemahiran, kebolehan dan bakat
peserta-peserta terserlah di samping guru yang turut sama menyertai
pertandingan berkenaan. Tahniah kepada pasukan SRR dari SMK Dato'
Kamaruddin dan SK Taman Panglima yang telah menjuarai kategori
masing-masing. Jika ada ruang waktu, kita akan adakan lagi pertandingan ini
di tahun hadapan. Insyaallah.

Senamrobik Perdana mengambil ruang selepas pertandingan SRR. Hampir 450 orang peserta di kalangan Pengetua, Guru Besar, Staf PPD. LMS, guru-guru dan
pelajar-pelajar SMK TT dan SERATAS telah bersenamrobik beramai-ramai.
Tetamu kehormat pada majlis tersebut adalah Tuan Haji Mat Lazim Idris,
Pegawai Pelajaran Daerah LMS yang telah sudi bersama-sama di sepanjang
program berkenaan.
Terima kasih kepada pasukan senamrobik dari SMK Tengku Menteri yang telah mengetuai aktiviti berkenaan. Semuanya nampak puas hati walaupun ada yang termengah-mengah dan otot yang menegang.

Terima kasih kepada Encik Rahsib Husain, Tuan Pengetua SMK taman Tasik yang telah sudi membenarkan pihak PPD. LMS. untuk menjadikan sekolah belaiu sebagai lokasi program berkenaan.

Ingat Julai ............ ingat Bulan Kecergasan.

Terima kasih semua.