Thursday, August 6, 2009

Bulan Kecergasan PPD. LMS.

Bulan Kecergasan sampai ke penghujungnya pada 31.7.2009. Bagi tahun 2009,
majlis penutup Program Bulan Kecergasan KPM Daerah LMS telah diadakan di
SMK Taman Tasik, Taiping pada 3.8.2009.

Terima kasih kepada pelajar-pelajar dan guru-guru SMK Taman Tasik yang
telah memberikan kerjasama di dalam menyempurnakan majlis berkenaan.

Program berlangsung pada jam 4.00 petang dengan mengadakan pertandingan sepak raga ratus antara sekolah-sekolah. Sebanyak 11 pasukan dari SM dan 2 pasukan SR telah mengambil bahagian. Syabas kepada sekolah-sekolah yang telah mengambil bahagian. Walaupun di peringkat awal peserta kekok dengan
peraturan yang telah ditetapkan namun kemahiran, kebolehan dan bakat
peserta-peserta terserlah di samping guru yang turut sama menyertai
pertandingan berkenaan. Tahniah kepada pasukan SRR dari SMK Dato'
Kamaruddin dan SK Taman Panglima yang telah menjuarai kategori
masing-masing. Jika ada ruang waktu, kita akan adakan lagi pertandingan ini
di tahun hadapan. Insyaallah.

Senamrobik Perdana mengambil ruang selepas pertandingan SRR. Hampir 450 orang peserta di kalangan Pengetua, Guru Besar, Staf PPD. LMS, guru-guru dan
pelajar-pelajar SMK TT dan SERATAS telah bersenamrobik beramai-ramai.
Tetamu kehormat pada majlis tersebut adalah Tuan Haji Mat Lazim Idris,
Pegawai Pelajaran Daerah LMS yang telah sudi bersama-sama di sepanjang
program berkenaan.
Terima kasih kepada pasukan senamrobik dari SMK Tengku Menteri yang telah mengetuai aktiviti berkenaan. Semuanya nampak puas hati walaupun ada yang termengah-mengah dan otot yang menegang.

Terima kasih kepada Encik Rahsib Husain, Tuan Pengetua SMK taman Tasik yang telah sudi membenarkan pihak PPD. LMS. untuk menjadikan sekolah belaiu sebagai lokasi program berkenaan.

Ingat Julai ............ ingat Bulan Kecergasan.

Terima kasih semua.

No comments:

Post a Comment