Saturday, August 21, 2021

Perdana Menteri Fasa 3

Salam dan selamat petang.

Selepas BN tewas buat pertama kali dalam Pilihanraya Umum kali ke-14, gemuruh sorak sorai penyokong yang dahulunya pembangkang haprak...membangkang apa sahaja yang kerajaan semasa buat walau pun terbaik untuk rakyat. Kali pertama dalam sejarah, penyokong mereka yang begitu teruja berkumpul seumpama langau di kawasan luar istana negara.Konon ingin melambai ke arah kepimpinan mereka yang menaiki kenderaan mewah. Tetapi pada agakan aku, pemimpin itu tidak ghairah pun dengan apa yang ditunjukkan oleh penyokong sendiri.

Sememangnya BN rebah, tenggelam, kelaut pada malam pengisytiharan kemenangan PRU14. Hanya mendapat 79 kerusi sahaja tetapi jangan lupa parti UMNO yang menunjanginya memegang sebanyak 42 kerusi. Ianya antara parti yang mendahului parti-parti yang lain. Kemenangan bersejarah itu mengotakan bahawa kempen-kempen bercorak fitnah dengan logo melambangkan mata yang kejam telah berjaya mengabui mata pengundi-pengundi yang mendambakan pemenang yang baharu. Ramai pengundi muda yang bergeliga otaknya, bijaksana, pengguna tegar medsos pun terpengaruh dengan lelucon pembangkang. Tun M bergelak ketawa kerana akhirnya dapat menjatuhkan komponen parti yang pernah diketuainya.Komponen yang pernah mengangkatnya ke mercu kegemilangan selama 22 tahun menguasai kerajaan. Dr. Wan juga turut tersenyum dengan kemenangan yang tidak terduga langsung (akan ku khabarkan kepada abang Non nanti di rumah agamnya).Doraemon dan sibapa apa lagi. Senyum memanjang kerana perancangan mereka berjaya. BN kena akur dengan kekalahan. Pembangkang suatu ketika telah berjaya menumbangkan mereka bagi kali ini.

SPR telah mengambil masa untuk mengumumkan pemenang yang mutlak. Berkali-kali pengiraan semula perlu dilakukan kerana terdapat perbezaan yang kecil. Kesempatan ini telah diambil oleh pembangkang untuk memburuk-burukkan peranan SPR. Namun akhirnya mereka telah diumumkan sebagai pemenang setelah Datuk Seri Mohd Najib  telah mengisytiharkan kekalahan BN. Maka bermulalah perancangan untuk mengumpulkan pihak yang berkepentingan untuk menyertai mereka dalam membentuk kerajaan di mana masing-masing mempunyai mimpi sendiri. 

Sekali lagi Tun M telah menjadi Perdana Menteri ke-7 bagi kali kedua memandangkan kepandaiannya, kebijaksanaannya, perancangannya dalam memanipulasi keadaan. Tambahan pula di kalangan mereka sendiri terutamanya pemimpin Melayu tidak ada yang menonjol kerana lebih pada keadaan megikut telunjuk dan diikat hidung. Dia gembira kerana telah mencatat sejarah. Memandangkan kerajaan dibentuk dari kalangan mereka yang tidak pernah diuji sebelum ini, beberapa tindakan yang dilakukan menjadi paunching bag bagi pembangkang yang baharu. Memandangkan mereka adalah kerajaan, banyak tindakan yang dilakukan telah mendapat kritikan dari rakyat. Antaranya;

1. melakukan pendakwaan terpilih demi untuk memastikan beberapa individu utama di pihak lawan dilondehkan imejnya.

2. memastikan beberapa agensi yang sering membantu orang majoriti dipersalahkan tadbir urusnya.

3. mengganggu tadbir urus agensi yang menaikkan syiar Islam.

4. mengutamakan kaum sendiri dalam memberi bantuan kewangan yang boleh dipersoalkan.

5. mengganggu perjalanan agensi tabungan Islam melalui LUTH dengan mempertikaikan pemberian dividen tinggi kepada pencarum.

6. menjual anak syarikat GLC dengan alasan mengalami kerugian.

Lalu, mereka semakin sombong terhadap rakyat, bukan sahaja kepada penyokong mereka sendiri malah rakyat yang lain. 

Monday, August 16, 2021

Vaksinasi

 Vaksin oh Vaksin.

Bersama dua tarikh maka lengkaplah penerimaan 2 dos vaksin Pfizer Comirnaty keluaran USA. 250721 menerima dos pertama. Semalam pula dah lengkap dos kedua. Vaksin yang menjadi pujaan hati semua. Alhamdulillah ... syukur atas penerimaan vaksin ini. Terkini, antara mereka yang tergolong dalam kategori lengkap dos. Tapi boleh bergerak kesana-sini ker? Jangan geli sangat. Masih ramai dok tunggu dos 1. Dok rumah. Buat macam adab dok di rumah. Bagus ker vaksin ni? Belum tentu lagi. Maka kena tunggu. 


Panjang cerita lagi dengan berbagai-bagai varian yang mula berkembang ke 'negara aman damai' ni.  Hairan juga dengan varian2 ni. Asai dari luar tapi boleh telus jugak. Macam mana yer. Sebenarnya dah ada di kalangan kita. Bila bersemenda dengan virus sedia ada maka bertambah kuat ler ia.


Sekarang kena jugak jaga kesihatan. Vaksin hanya sekadar peneman untuk menentang virus. Allah masih tidak memberikan jalan penyelesaian kerana banyak dosa berlegar-legar di kalangan kita.  Ibadat kena jaga dan istiqamah. Bertaubat dan terus bertaubat. Berdoa dan terus berdoa. InsyaAllah ....

Terkini, positif 19,740; sembuh 17,450; kematian 274; keseluruhan 1,424,639.

Dos 1-17.1 juta; Dos 2-10.7 juta

Okay ...setakat ini yer ...jumpa lagi. 

Thursday, March 16, 2017

Assalam mualaikum.

Bertemu kembali di ruangan blog .... memang sudah lama menyepi .... kenapa yer ....
tidak pasti .....

Aku telah menghabiskan pengajian di UPSI pada tahun 2015 ..... alhamdulillah .... selesai semuanya .... terima kasih kepada kerajaan Malaysia khususnya dan Kementerian Pendidikan amnya yang telah memberikan peluang kepada aku dan rakan-rakan yang lain dapat menjejakkan kaki ke menara gading ...... dan akhirnya ......... alhamdulillah dapat menggenggam segulung ijazah hasil penat lelah selama 5 tahun.

Tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada para Prof ... Dr .... dan pensyarah-pensyarah satu-satunya universiti pendidikan yang wujud di negara ini yang begitu sporting dalam merealisasikan impian aku selama ini .... hanya Allah yang dapat membalas akan segala ilmu yang dicurahkan. ....


Wednesday, August 22, 2012

Raya lagi

Ramadhan AlMubarak akhirnya telah melabuhkan sayapnya. Diharapkan agar setiap umat Islam berjaya mengharunginya dan telah menjalani ibadah yang sepatutnya dengan sebaik-baiknya agar memperolehi apa yang telah dihajatkan. Syawal telah menjelma kembali. Perayaan Aidil Fitri disambut dengan tujuan untuk mempereratkan silaturrahim sesama saudara dan rakan-rakan. Semasa inilah kita memenuhkan jalan raya dengan menziarahi dari rumah ke rumah. Pandu Cermat Jiwa Selamat... Semoga ahli keluarga dan sanak saudara menanti dengan senyuman di wajah. Seperti biasa, hari raya bermula di PG ... Padang Gajah. Ini dah menjadi kelaziman sejak dulu lagi ..... Kini, beraya di tanah tumpahku....... Tandop, Alor Setar, Kedah. Lebuh raya dipenuhi dengan banyak kenderaan. Masing-masing nak beraya ke kampung masing-masing. Laluan Utara dan Selatan saling berganti-ganti memenuhi laluan.