Wednesday, August 22, 2012

Raya lagi

Ramadhan AlMubarak akhirnya telah melabuhkan sayapnya. Diharapkan agar setiap umat Islam berjaya mengharunginya dan telah menjalani ibadah yang sepatutnya dengan sebaik-baiknya agar memperolehi apa yang telah dihajatkan. Syawal telah menjelma kembali. Perayaan Aidil Fitri disambut dengan tujuan untuk mempereratkan silaturrahim sesama saudara dan rakan-rakan. Semasa inilah kita memenuhkan jalan raya dengan menziarahi dari rumah ke rumah. Pandu Cermat Jiwa Selamat... Semoga ahli keluarga dan sanak saudara menanti dengan senyuman di wajah. Seperti biasa, hari raya bermula di PG ... Padang Gajah. Ini dah menjadi kelaziman sejak dulu lagi ..... Kini, beraya di tanah tumpahku....... Tandop, Alor Setar, Kedah. Lebuh raya dipenuhi dengan banyak kenderaan. Masing-masing nak beraya ke kampung masing-masing. Laluan Utara dan Selatan saling berganti-ganti memenuhi laluan.

No comments:

Post a Comment