Saturday, August 21, 2021

Perdana Menteri Fasa 3

Salam dan selamat petang.

Selepas BN tewas buat pertama kali dalam Pilihanraya Umum kali ke-14, gemuruh sorak sorai penyokong yang dahulunya pembangkang haprak...membangkang apa sahaja yang kerajaan semasa buat walau pun terbaik untuk rakyat. Kali pertama dalam sejarah, penyokong mereka yang begitu teruja berkumpul seumpama langau di kawasan luar istana negara.Konon ingin melambai ke arah kepimpinan mereka yang menaiki kenderaan mewah. Tetapi pada agakan aku, pemimpin itu tidak ghairah pun dengan apa yang ditunjukkan oleh penyokong sendiri.

Sememangnya BN rebah, tenggelam, kelaut pada malam pengisytiharan kemenangan PRU14. Hanya mendapat 79 kerusi sahaja tetapi jangan lupa parti UMNO yang menunjanginya memegang sebanyak 42 kerusi. Ianya antara parti yang mendahului parti-parti yang lain. Kemenangan bersejarah itu mengotakan bahawa kempen-kempen bercorak fitnah dengan logo melambangkan mata yang kejam telah berjaya mengabui mata pengundi-pengundi yang mendambakan pemenang yang baharu. Ramai pengundi muda yang bergeliga otaknya, bijaksana, pengguna tegar medsos pun terpengaruh dengan lelucon pembangkang. Tun M bergelak ketawa kerana akhirnya dapat menjatuhkan komponen parti yang pernah diketuainya.Komponen yang pernah mengangkatnya ke mercu kegemilangan selama 22 tahun menguasai kerajaan. Dr. Wan juga turut tersenyum dengan kemenangan yang tidak terduga langsung (akan ku khabarkan kepada abang Non nanti di rumah agamnya).Doraemon dan sibapa apa lagi. Senyum memanjang kerana perancangan mereka berjaya. BN kena akur dengan kekalahan. Pembangkang suatu ketika telah berjaya menumbangkan mereka bagi kali ini.

SPR telah mengambil masa untuk mengumumkan pemenang yang mutlak. Berkali-kali pengiraan semula perlu dilakukan kerana terdapat perbezaan yang kecil. Kesempatan ini telah diambil oleh pembangkang untuk memburuk-burukkan peranan SPR. Namun akhirnya mereka telah diumumkan sebagai pemenang setelah Datuk Seri Mohd Najib  telah mengisytiharkan kekalahan BN. Maka bermulalah perancangan untuk mengumpulkan pihak yang berkepentingan untuk menyertai mereka dalam membentuk kerajaan di mana masing-masing mempunyai mimpi sendiri. 

Sekali lagi Tun M telah menjadi Perdana Menteri ke-7 bagi kali kedua memandangkan kepandaiannya, kebijaksanaannya, perancangannya dalam memanipulasi keadaan. Tambahan pula di kalangan mereka sendiri terutamanya pemimpin Melayu tidak ada yang menonjol kerana lebih pada keadaan megikut telunjuk dan diikat hidung. Dia gembira kerana telah mencatat sejarah. Memandangkan kerajaan dibentuk dari kalangan mereka yang tidak pernah diuji sebelum ini, beberapa tindakan yang dilakukan menjadi paunching bag bagi pembangkang yang baharu. Memandangkan mereka adalah kerajaan, banyak tindakan yang dilakukan telah mendapat kritikan dari rakyat. Antaranya;

1. melakukan pendakwaan terpilih demi untuk memastikan beberapa individu utama di pihak lawan dilondehkan imejnya.

2. memastikan beberapa agensi yang sering membantu orang majoriti dipersalahkan tadbir urusnya.

3. mengganggu tadbir urus agensi yang menaikkan syiar Islam.

4. mengutamakan kaum sendiri dalam memberi bantuan kewangan yang boleh dipersoalkan.

5. mengganggu perjalanan agensi tabungan Islam melalui LUTH dengan mempertikaikan pemberian dividen tinggi kepada pencarum.

6. menjual anak syarikat GLC dengan alasan mengalami kerugian.

Lalu, mereka semakin sombong terhadap rakyat, bukan sahaja kepada penyokong mereka sendiri malah rakyat yang lain. 

No comments:

Post a Comment