Sunday, April 22, 2012

Persaraan Tuan Guru Besar









Semalam, 20 April 2012 adalah hari terakhir bagi Cikgu Mohamad Saleh Wahab, Guru Besar pertama SK Taman Palma yang bersara di situ. Setelah hampir 35 tahun memperhambakan diri sebagaai pendidik pada hampir 8 buah sekolah, sampailah masanya untuk beliau bersara wajib pada usia 58 tahun.

Satu majlis besar-besaran telah diadakan untuk meraikan persaraan beliau. Dewan terbuka sekolah telah menjadi bukti bahawa majlis tersebut direalisasikan dengan begitu sempurna sekali hasil kerjasama semua guru. Terima kasih kepada semua anggota keluarga beliau yang begitu memberikan kerjasama untuk menjayakan majllis ini.

Syabas kepada semua guru yang telah bertungkus-lumus agar majlis tersebut dapat berjalan dengan lancarnya. Begitu juga kepada semua rakan beliau yang turut meraikan majlis tersebut. Sesungguhnya anda adalah sebenarnya rakan beliau.

Namun begitu, maaf dipinta jika di sepanjang majlis tersebut terdapatnya kekurangan.







No comments:

Post a Comment