Jika sebelum ini selama 8 tahun menguruskan perjalanan perancangan program sukan di peringkat daerah dan negeri, amatlah berbaloi apabila memegang jawatan sebagai PK Kokurikulum di SK Kamunting.
Perancangan Kokurikulum berjalan dgn lancar hasil komitmen Cikgu Asma menyusun atur guru-guru di dalam aktiviti kokurikulum sekolah. Begitu juga dengan kerjasama semua guru terutamanya bos .... Cikgu Aziz.
Walaupun masih dalam proses mengecamkan guru-guru dan nama masing-masing, perancangan di dalam mengadakan temasya olahraga tahunan sekolah menjadi perkara utama. Ianya menjadi titik permulaan satu tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan dengan jayanya.
Alhamdulillah ...... berkat doa semua pihak, temasya dapat dijalankan dengan jaya dan meriahnya pada 20.2.2010. Walaupun YB Datuk Muhamad Zahir tidak berpeluang untuk menyertainya, kehadiran ibu bapa dan penjaga murid-murid begitu memberangsangkan sekali. Terima kasih kepada semua pihak. Begitu juga kepada para penaja. Budi baik anda hanya Allah s.w.t yang membalasnya.
BIAR KU MENJADI LILIN
-
Kepada rakan-rakan guru, hayati lagu ini......
http://youtu.be/W2-SBimSAfk
14 years ago


No comments:
Post a Comment